A STORY TO TELL

MACAM DIA...

Saya seorang surirumah, macam dia.
Saya pernah bermula sebagai seorang dropshipper, macam dia.
Saya pernah berjaya menjual hanya 1pcs produk dalam masa 2 bulan, macam dia. Sebab TAK SERIUS. Suka-suka. Sekadar mahu tahu.

Saya pernah "jatuh", macam dia. Semua hilang saat kejayaan baru mengintai, macam dia.

Tapi dia berjaya bangkit dalam masa sangat singkat selepas habis pantang. Mula dari kosong semula.

Subhanallah. Betapa kejayaan itu mudah dicapai bila kita buat apa patut kita buat.

Akhirnya, saya upgrade diri dengan tambah ILMU YANG DIPERLUKAN, dari dia.
Saya masuk kelas anjurannya, Kelas Newbie Meroket Batch Pertama.

Sambil melayan anak-anak di rumah, sambil kutip ilmu dalam kelas online. Dia juga sama.

Dek kerana sambil melayan anak, membuatkan sukar menaip, dia kongsikan rahsia kejayaannya melalui audio.

Walaupun saya rasa "bising" sebab dah malam, anak-anak nak tidur, saya cuba ikuti apa ilmu yang diberinya juga.

Serius ilmu ini sangat bermanfaat. Salah satunya, saya praktikkan zikir selawat (saya masih dalam pantang, tak dapat solat & pegang al-Quran).

Baru-baru ini saya mula nampak kesan amalan zikir tu. Saya juga buatkan rekaan grafik (graphic design) untuk iklankan produk dia sebagai sedekah.

Alhamdulillah. Prospek mula munculkan diri satu per satu. Semoga saya terus istiqomah dengan ilmu-ilmu yang diberi ini.

Kali ni dia akan buka untuk Batch Ke-2. Banyak ilmu yang akan dia kongsikan lebih-lebih lagi topik sewaktu dia menghadiri IMKK.

InsyaAllah perkongsian dia kali ini lebih padat. 😊

Jurnal Online Work At Home Mom
Ziadah Zainal Abidin
#KelasNewbieMeroket
#KNMBatch2

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGALAMAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR N17 DI SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH, UPM

BERNIAGA KIOSK

PENGALAMAN PERNIAGAAN PERCETAKAN